Home

Profil Techsture Engineering Sdn Bhd

TECHSTURE ENGINEERING SENDIRIAN BERHAD (TESB) merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2013. Penubuhan TESB adalah signifikan dengan visi serta aspirasi Kerajaan Malaysia ke arah membudayakan aplikasi-aplikasi berkaitan bidang ICT dan Teknologi Maklumat di dalam era moden ini. Aktiviti utama syarikat berfokuskan kepada perkhidmatan dalam bidang berkaitan ICT dan Teknologi maklumat terutamanya dalam pembangunan aplikasi, pendidikan dan pembelajaran produk samada untuk keperluan kehidupan ataupun perniagaan di Malaysia.

Perkhidmatan yang dijalankan termasuklah penyediaan latihan, bimbingan dan juga motivasi kepada Institusi-institusi yang mendapatkan khidmat daripada TESB. Bagi memberi keberkesanan kepada latihan yang dilaksanakan, maka TESB telah menjalankan sesi latihan yang efektif untuk melatih tenaga kerja dalam setiap aspek supaya mereka lebih berdaya saing bagi menghadapi persaingan global. TESB juga menawarkan pelbagai kursus, program serta persijilan yang bersesuaian samaada dalam sektor perkilangan mahupun di dalam sektor perkhidmatan.

Visi

TESB akan terus gigih dan komited untuk menjadi Rakan Pilihan Penyedia Latihan bagi setiap pelanggan dengan mengoptimakan Pengurusan dan Teknologi dan amalan-amalan terbaik di dalam industri mahupun pasaran.

Misi

TESB sangat komited di dalam membantu meningkatkan dan memaksimakan produktiviti korporat serta individu bukan sahaja menerusi kemahiran & pengetahuan ICT, malahan turut menawarkan  intervensi-intervensi pembangunan organisasi, pengurusan & kakitangan.

Moto

Mentransformasi kebijaksanaan kepada penyelesaian TESB didokong oleh modal insan yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang di TESB.  Oleh yang demikian, TESB senantiasa memastikan perkhidmatan dan penyelesaian yang ditawarkan memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami.

Lt Kol Tamsir (Bersara)

Berkemahiran dalam bidang ICT iaitu membina Kedai Online, membina Tokoh eBook dan Penulisan serta Melatih kepada individu atau kumpulan.